Selasa, 8 Mac 2011

BuaT SeMuA YaNg DiKeNaLi

setelah sekian lama aku menangguhkan bidang penulisan blog ini, akhirnya aku kembali mencoret di ruangan blog ini.. sebenarnya, tiada apa apa yang penting mahu aku coretkan.. cuma sebagai salah satu alat atau cara untukku menenangkan minda dan perasaan yang kerap kali terkesan dengan perkataan 'FINAL EXAM'. ya.. sedar tak sedar, sudah hampir setahun aku memasuki UiTM Shah Alam dalam kursus Asasi Undang-Undang.. bermakna sudah tiba masa untukku mengucapkan 'sayonara' asasi.. walaupun baru setahun aku berada di UiTM, tapi semua pihak yang aku kenal membuatkan aku merasakan seperti aku sudah lama berada di sini dan berkenalan dengan mereka.. sungguh pengalaman sepanjang aku berada dalam kursus Asasi Undang-Undang takkan dapat aku lupakan..insya-Allah.. segalanya;pahit, duka, senyum, tawa, riang, gembira, sedih, segalanya dokongsi bersama.. terkadang aku sendiri merasa sayu untuk meninggalkan saat ini.. kerana hari ini hanya datang sekali seumur hidup..selepas ini, mungkinkah aku akan dapat kembali berjumpa dengan semua yang aku kenal hari ini? hanya Allah yang mengetahui dan menentukannya.. andai ada rezeki, insya-Allah.. tetapi jika kurang, tiada mengapa,, nama kalian akan tetap terpahat di dalam kalbuku.. walau di mana sahaja aku berada, selagi hayat dikandung badan..insya-Allah, semua kenangan daku dan kalian semua terutamanya buat pembaca penulisan ku ini takkan aku lupakan.. akan sentiasa kukenang sejarah dan sirah kita semua dari saat pertama kali kita mendaftar di UiTM ini, saat pertama kali kita berkenalan, bergurau senda, bergelak ketawa, bersedih dan berduka, bertengkar dan bermasam muka, kerana semua itu menjadikan kita lebih dewasa dan matang dalam meniti titian perjalan hidup yang masih panjang untuk dilalui.. kalian adalah yang terbaik di hati aku.. mungkin tiada apa yang dapat aku berikan kepada kalian, hanya iringan doa buat kalian agar kalian dapat mencapai kejayaan yang kalian mahukan tidak kira dalam apa jua bidang yang kalian ceburi... akhir kata: selamaat maju jaya semua sahabatku.. semoga kita dipertemukan lagi di masa yang akan datang.. insya-Allah.. sekian Assalamualaikum..