Jumaat, 29 April 2011

Aku Cuma Manusia Biasa

Aku cuma manusia biasa..
bukan cendekia yang bisa berfalsafah..
bukan pujangga yang kaya dengan kata-kata hikmat..
bukan cerdik pandai yang bisa melontar pandangan bernas..


Aku Cuma Manusia Biasa
bukan matahari yang bisa menyinari kegelapan..
bukan bulan yang memantul cahaya..
bukan juga bintang yang bisa menghias indah langit malam..


Aku Cuma Manusia Biasa..
bukan golongan alim atau ulama'..
bukan juga para sahabat..
apatah lagi Rasul yang maksum..


Aku Cuma Manusia Biasa..
yang bisa melakukan kekhilafan..
yang terkadang menyakitkan..
yang ada masanya turut merasa terluka..


Memang Aku Manusia Biasa..
dan akan kekal selamanya biasa..
tiada suatu pun yang istimewa pada diriku..
yang bisa membezakan aku dengan yang lain..

Isnin, 25 April 2011

Sedikit Tentang Perasaan

Assalamualaikum...

Manusia dan perasaan . memang sahabat yang tak dapat dipisahkan . kadang kadang mereka akrab . kadang kadang tidak . tapi walau apa pun yang berlaku, andai sahaja dua sahabat ini tidak lagi menjadi sahabat, maka akan hilanglah seri dalam kehidupan . terkadang timdakan perasaan itu membuatkan manusia begitu merasa bahagia, namun pada masa yang lain, ia menjadikan manusia keliru kerana manusia sendiri tidak tahu apa yang perasaan ingin sampaikan. kerana itulah ada situasi di mana kita sendiri tidak tahu apa perasaan kita. boleh jadi ianya bercampur baur. cuma kita tak dapat nak luahkan . ini mungkin mengukuhkan teori bukan semua perkara atau perasaan itu boleh diungkapkan melalui perkataan. atau juga melalui tindakan.secara ringkasnya, ada perkara yang tak dapat kita tonjolkan melalui lisan atau perbuatan kita, hanya mampu  memenuhi ruangan di benak hati kita. tapi perasaan itu. andai ianya tiada, maka manusia akan menjadi seperti batu batu yang dipijak dijalanan, atau mungkin seperti lampu tanpa cahaya. ianya adalah anugerah Ilahi pada setiap manusia ciptaan-Nya.

Mungkin ada yang merasakan lebih baik tiada perasaan jika perasaan itu sering dimainkan atau mungkin juga mempermainkan kita. namun sedarkah kita ia adalah sesuatu yang sangat berharga yang dikurniakan Maha Pencipta. andai sahaja Dia tidak mengurniakan perasaan kepada kita, mampukah kita menikmati setiap nikmat lain yang diberikannya seperti nikmat kegembiraan atau rasa kasih sayang atau mungkin simpati? kerana manusia tanpa perasaanlah yang akan menyebabkan manusia itu binasa. tak percaya ? contoh yang mudah seorang anak dengan ibu bapanya. andai saja anak itu tiada perasaan, mungkin saja dia akan melakukan seenaknya pada kedua ibubapanya tanpa rasa bersalah. sedarlah bahawa memang lumrahnya perasaan ini kadang baik, kadang tidak. kerana itu memang aturan-Nya. kerana perasaan itu jugalah mampu menjadikan kita berfikir akan kebesaran yang Maha Agung.

Akan tetapi sahabat, haruslah kita tahu untuk mengawal perasaan kita kerana perasaan itu andai sahaja tidak dikawal, mampu menjadikan manusia bertindak di luar jangkaan kita. ia mampu membinasakan kita sebagaimana terjadi pada insan yang tak punya perasaan. jangan juga mudah terbuai oleh perasaan hingga menyebabkan kita lalai. terutamanya lalai untuk mengingati-Nya. perasaan itu diciptakan dengan mempunyai kekuatan dan kelemahannya. namun usah biarkan kelemahan mengawal kekuatan. belajarlah untuk memahami perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain.  dan insya-Allah orang lain akan turut memahami perasaan kita. Manfaatkanlah perasaan yang dikurniakan kepada kita .

Perasaan itu adalah anugerah.

Ahad, 3 April 2011

~HOMECOMING~

ahaha.. it has been such a quite a long time i haven't update my blog since my last post.. erm, it is not that i don't want to write but i actually have not much time to spend because i have other important things to settle on and the nearest one is the MUET speaking test which will be held on 5 March 2011.. and my last paper will be on 16 March 2011..so, maybe within this time, I wouldn't have much time to update my blog because i need to work hard for the MUET.. i need to get at least band 4 for the MUET as a requirement to enroll myself into the Law Faculty of UiTM.. i really want to pursue my studies in Law Faculty.. and to ALL my fellow friends that are going to sit for the test, a bunch of GOOD LUCK from me.. ALL THE BEST.. may we all succeed to get what we want.insya-Allah.. maybe i'll continue after my MUET.. that's all i think.. so adios and Assalamualaikum..

Selasa, 8 Mac 2011

BuaT SeMuA YaNg DiKeNaLi

setelah sekian lama aku menangguhkan bidang penulisan blog ini, akhirnya aku kembali mencoret di ruangan blog ini.. sebenarnya, tiada apa apa yang penting mahu aku coretkan.. cuma sebagai salah satu alat atau cara untukku menenangkan minda dan perasaan yang kerap kali terkesan dengan perkataan 'FINAL EXAM'. ya.. sedar tak sedar, sudah hampir setahun aku memasuki UiTM Shah Alam dalam kursus Asasi Undang-Undang.. bermakna sudah tiba masa untukku mengucapkan 'sayonara' asasi.. walaupun baru setahun aku berada di UiTM, tapi semua pihak yang aku kenal membuatkan aku merasakan seperti aku sudah lama berada di sini dan berkenalan dengan mereka.. sungguh pengalaman sepanjang aku berada dalam kursus Asasi Undang-Undang takkan dapat aku lupakan..insya-Allah.. segalanya;pahit, duka, senyum, tawa, riang, gembira, sedih, segalanya dokongsi bersama.. terkadang aku sendiri merasa sayu untuk meninggalkan saat ini.. kerana hari ini hanya datang sekali seumur hidup..selepas ini, mungkinkah aku akan dapat kembali berjumpa dengan semua yang aku kenal hari ini? hanya Allah yang mengetahui dan menentukannya.. andai ada rezeki, insya-Allah.. tetapi jika kurang, tiada mengapa,, nama kalian akan tetap terpahat di dalam kalbuku.. walau di mana sahaja aku berada, selagi hayat dikandung badan..insya-Allah, semua kenangan daku dan kalian semua terutamanya buat pembaca penulisan ku ini takkan aku lupakan.. akan sentiasa kukenang sejarah dan sirah kita semua dari saat pertama kali kita mendaftar di UiTM ini, saat pertama kali kita berkenalan, bergurau senda, bergelak ketawa, bersedih dan berduka, bertengkar dan bermasam muka, kerana semua itu menjadikan kita lebih dewasa dan matang dalam meniti titian perjalan hidup yang masih panjang untuk dilalui.. kalian adalah yang terbaik di hati aku.. mungkin tiada apa yang dapat aku berikan kepada kalian, hanya iringan doa buat kalian agar kalian dapat mencapai kejayaan yang kalian mahukan tidak kira dalam apa jua bidang yang kalian ceburi... akhir kata: selamaat maju jaya semua sahabatku.. semoga kita dipertemukan lagi di masa yang akan datang.. insya-Allah.. sekian Assalamualaikum..

Khamis, 27 Januari 2011

Setelah sekian lama...

Assalamualaikum.. ermm.. da lame jugak ana tak update blog ana ni.. bkn sbb xde idea..tp sbb ttlu byk idea.. smpai xtau nk tulis mana 1.. tp xpe.. entry kali ni xde tajuk.. mksudnye x terikat sgt dgn 1 subjek.. sume adelah general n maybe mix2.. saje nk cerita-cerita.. erm.. tp ntah la.. ana pon xtau apa yg da jadi dgn sekeiling ana.. sumenyer berubah sem 2 ni.. da la last sem.. tp byk pkra yg kurg mggmbirakan blku..bkn ape.. tp just mcm xsonok  la dgn ape yg blku recently.. ana pon kadang2 xpaham.. kenapa msti kita saling bermusuhan padahal kita adalah sahabat dan saudara.. kenapa msti kita saling mmbnci sdgkn kita tidak pernah disuruh mmbnci? apatah lagi sesama muslim.. tp fenomena sekarang ni dah brubah.. kdg2 drpd rapat, bleh tibe2 trus jd renggang..bile ade mslh xnk bncg..xnk trus trg.. n kmudian saling mngata dibelakang.. prkre2 ni mmg ana xfaham kenapa ianya masih dipraktikkan oleh segelintir masyarakat sekarang ni.. perkara ni bleh mmcah belahkan perpaduan dan hubungan persaudaraan sesama kita.. tapi masih byk yg xsdar..mgkin ada yg sedar tapi xnk ambil langkah untuk elakkannya.. ana bukan nk salahkan mana2 pihak..tapi cuma nak kita semua berfikir relevan ats segala tndakan kita.. ana sedar.. ana juga punya kekurangan.. tapi sama2 lah kita tgktkan apa yg kita kurang.. saling tegur menegur dan menasihati dgn cara yg berhemah.. mgkin segelintir daripada kita akn brkta.. susah nk ubah org lain ni.. kalau begitu, apa kata kita mulakan dgn mengubah diri kita mnjadi lebih baik.. kemudia baru kita cuba utk ubah org lain..n sbnrnye, byk prkre yg sbnrnyer terletak atas pertimbangan diri sendiri..klu masing2 sntiasa ingin berubah, maka tiada siapa yg perlu mngubah sesiapa.. fikir-fikirkanlah wahai saudaraku.. segala yg baik itu datang daripada Allah dan segala yg kurang itu datang daripada kelemahan ana sendiri..mohon maaf jika ada kesalahan dalam entry ana kali ini..n ana amat mengalu-alukan sesiapa yg ingin menegur kesalahan yg ana lakukan.. rahmat Allah ana pohonkn untuk insan itu.. sekian.. Assalamualaikum..