Isnin, 25 April 2011

Sedikit Tentang Perasaan

Assalamualaikum...

Manusia dan perasaan . memang sahabat yang tak dapat dipisahkan . kadang kadang mereka akrab . kadang kadang tidak . tapi walau apa pun yang berlaku, andai sahaja dua sahabat ini tidak lagi menjadi sahabat, maka akan hilanglah seri dalam kehidupan . terkadang timdakan perasaan itu membuatkan manusia begitu merasa bahagia, namun pada masa yang lain, ia menjadikan manusia keliru kerana manusia sendiri tidak tahu apa yang perasaan ingin sampaikan. kerana itulah ada situasi di mana kita sendiri tidak tahu apa perasaan kita. boleh jadi ianya bercampur baur. cuma kita tak dapat nak luahkan . ini mungkin mengukuhkan teori bukan semua perkara atau perasaan itu boleh diungkapkan melalui perkataan. atau juga melalui tindakan.secara ringkasnya, ada perkara yang tak dapat kita tonjolkan melalui lisan atau perbuatan kita, hanya mampu  memenuhi ruangan di benak hati kita. tapi perasaan itu. andai ianya tiada, maka manusia akan menjadi seperti batu batu yang dipijak dijalanan, atau mungkin seperti lampu tanpa cahaya. ianya adalah anugerah Ilahi pada setiap manusia ciptaan-Nya.

Mungkin ada yang merasakan lebih baik tiada perasaan jika perasaan itu sering dimainkan atau mungkin juga mempermainkan kita. namun sedarkah kita ia adalah sesuatu yang sangat berharga yang dikurniakan Maha Pencipta. andai sahaja Dia tidak mengurniakan perasaan kepada kita, mampukah kita menikmati setiap nikmat lain yang diberikannya seperti nikmat kegembiraan atau rasa kasih sayang atau mungkin simpati? kerana manusia tanpa perasaanlah yang akan menyebabkan manusia itu binasa. tak percaya ? contoh yang mudah seorang anak dengan ibu bapanya. andai saja anak itu tiada perasaan, mungkin saja dia akan melakukan seenaknya pada kedua ibubapanya tanpa rasa bersalah. sedarlah bahawa memang lumrahnya perasaan ini kadang baik, kadang tidak. kerana itu memang aturan-Nya. kerana perasaan itu jugalah mampu menjadikan kita berfikir akan kebesaran yang Maha Agung.

Akan tetapi sahabat, haruslah kita tahu untuk mengawal perasaan kita kerana perasaan itu andai sahaja tidak dikawal, mampu menjadikan manusia bertindak di luar jangkaan kita. ia mampu membinasakan kita sebagaimana terjadi pada insan yang tak punya perasaan. jangan juga mudah terbuai oleh perasaan hingga menyebabkan kita lalai. terutamanya lalai untuk mengingati-Nya. perasaan itu diciptakan dengan mempunyai kekuatan dan kelemahannya. namun usah biarkan kelemahan mengawal kekuatan. belajarlah untuk memahami perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain.  dan insya-Allah orang lain akan turut memahami perasaan kita. Manfaatkanlah perasaan yang dikurniakan kepada kita .

Perasaan itu adalah anugerah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan