Sabtu, 23 Jun 2012

Assalamualaikum.


Dah lama rasanya tak update blog. sampai dah bersawang laman sesawang aku :P aku tulis ni pon untuk release tension aku sebab demam "FINAL EXAM" dah datang balik. ARGHHHHH!!! TIDAKK !!!


tapi yela kan, adat kalau dah belajar, sampai masa mesti akan kena uji. kalau tak macam mana nak tau tahap penguasaan ilmu kita. tapi yang tensionnya, study week takda sem ni. sebab sem ni ada 2 kali cuti seminggu.


memang agak hectic la sebenarnya bila takda study week ni. rasa macam nak meletup kepala aku study. aku dah jadi macam zombie pulak kalau pegi kelas. pastu malam macam kelawar, siang tidoq, malam bejaga. tak pernah aku buat masa zaman sekolah dulu. memang zaman universiti ni sangat lain daripada zaman sekolah dulu.


tapi apa pun aku harap aku mampu untuk harungi semua ni. dan kepada semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akhir terutamanya bagi pelajar degree UiTM, good luck aku ucapkan. semoga korang dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan dan dapat keputusan yang baik nanti insya-Allah =)


bittaufiq wannajah fil imtihan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan