Isnin, 1 November 2010

CoRaT CoReT yAnG MeMBoSaNKaN ......

Pada yang sudi membaca. bacalah. kalau tidak sudi pon tiada salahya. cuma coretan yang tidak seberapa.


tatkala aku menulis pada kali ini..aku sedang diselubungi kebosanan..ya..kebosanan..dan itulah yg meransang aku untuk menulis pada kali ini..setidak-tidaknya aku ada aktiviti untuk dilakukan..daripada kubiarkan masa itu berlalu seperti debu yg ditiup angin..lebih baik aku ambil masa itu dengan menulis walaupun tiada apa-apa isi di dalam tulisanku kali ini..harap maaf..aku belum mempunyai apa-apa idea atau ilham, secara spesifiknya tajuk untuk tulisanku..kadang-kadang apabila ilham itu datang..aku seakan tidak mempunyai minat untuk menulisnya namun ketika ianya telah pergi jauh meninggalkanku, tiba-tiba rasa ingin menulis itu datang..mohon maaf pada para pembaca jika aku menghampakan kalian..tapi,aku bukan seorang penulis yang hebat atau terkenal lagi berbakat sepeti kalian semua yang sentiasa mempunyai isu untuk dikeutarakan..tambahan pula..aku masih lagi baru dalam arena menulis blog ini..bila aku berkata baru..aku memang benar-benar baru di dalam bidang ini..aku masih terlalu muda dan mentah dalam arena yang baru ku kenal beberapa bulan yang lalu..sebelum ini, tidak pernah aku melihat rakan-rakan seperjuanganku mempunyai atau melibatkan diri dalam arena ini..namun segalanya berubah selepas aku menempatkan diri di UiTM Shah Alam..bertemu dengan rakan-rakan yang baru yang datangnya dari seluruh pelusuk di negara ini..jadi, sudah tentulah aku akan bertemu dengan pelbagai jenis ragam, karenah, dan perwatakan baru yang belum pernahku jumpa sebelum ini dan inilah salah satu daripada hasilnya..rakan-rakan yang mempunyai laman penulisan mereka sendiri atau lebih popular dengan nama blog..tidak pernah terlintas di benak hatiku untuk melibatkan diri dengan arena ini..namun, lama-kelamaan minat untuk mengenali bidang ini terbit sedikit demi sedikit..padaa mulanya aku cuma ingin mengetahui serba sedikit sahaja mengenainya kerana tidak mahu digelar ketinggalan zaman..akan tetapi setelah agak banyak yang aku tahu tentang arena blog ini, terbit pula rasa ingin memilikinya, maksudku mencipta satu laman khas untukku menukilkan apa yang terlintas dalam fikiranku seperti rakan-rakanku yang lain kerana aku mula menyedari kelebihannya..jadi aku telah bertekad untuk mencipta satu laman blog ini untuk diriku..tetapi, aku sedar bahawa aku tidaklah tahu begitu banyak mengetahui seperti rakan-rakanku yang telah lama berkecimpung dalam arena ini dan aku juga menyedari yang aku mungkin tidak akan mempunyai begitu banyak idea untuk menulis..jadi setelah berbincang dan mencapai persetujuan..aku dan rakanku Razman bin Sahat telah sepakat untuk mencipta blog ini bersama, atas dasar perkongsian di mana di boleh menulis apa-apa dan pada bila-bila masa sahaja yang dia mahu dan begitu juga dengan aku..pada saat terciptanya blog aku ini..aku dan dia seakan-akan teruja kerana mempunyai blog seperti rakanku yang lain dan kami mula memerah otak mencari idea untuk menukilkan tulisan kami pada blog itu..terbit juga perasaan bangga dalam diriku kerana seorang yang kurang pengetahuan dalam teknologi seperti aku boleh memiliki blog..bagaikan suatu keajaiban aku rasakan..namun itulah hakikatnya..dan ianya masih lagi berfungsi sehingga sekarang..saat di mana aku menukilkan coretanku ini dan mungkin ianya akan terus berfungsi sehingga nafasku yang terakhir..insya-Allah..akan ku cuba untuk memperbaharui blog aku ini  sekerap yang mungkin..mungkin tiada yang sudi membaca..tetapi tidak mengapa..asalkan ia mampu menjadi tempat dan teman untuk aku meluahkan apa yang terbuku di dalam kotak mindaku.. sekian sahaja daripada aku kali ini.. bertemu lagi di lain penulisan.. Assalamualaikum.. salam ukhwah, salam perpaduan dan salam muhibah..




p/s:harap-harap tiada yang tersinggung atau terbosan kerana sudah dinyatakan di atas,,


hasil karya : Khairul Hazwan Rashid bin Mohd Redduan  (^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan