Selasa, 16 Oktober 2012

Omong Kosong

Assalamualaikum pembuka bicara. Salam sejahtera. Lama sudah rasanya tidak menulis. mungkin kerana ketandusan topik yang hendak ditulis walaupun sebenarnya banyak perkara yang boleh dijadikan topik. Faktor kekangan masa juga menjadi asbab blog ini betul-betul menjadi laman se'sawang'. Berhabuk dan hapak. Almaklumlah, saya yang menulis ini tidaklah sepopular mana. Ah, apa dikisah pada populariti. Tidak menjamin apa-apa. Masakan artis yang paling popular juga bisa jatuh tersungkur dan tenggelam.

Entri kali ini hanyalah bicara kosong yang mungkin tak punya apa-apa mesej. Cuma mahu meluahkan dan menenangkan minda yang makin bercelaru dan bergelora. Masakan tidak, kerja-kerja dan tugasan makin membiak dari minggu ke minggu. Mujurlah ada laman 'sawang' ini untuk menjadi pendengar setia. eh, pendengar? ada telingakah? Gurau saja. Biasalah, orang yang sedang 'mereng' otaknya memang begini. Suka merapu dan merepek. 

Jika difikir-fikir kembali, mana ada kehidupan yang bebas daripada kesibukan. Setiap entiti yang menghuni sfera bergerak ini pasti akan ada kesibukan masing-masing. Cuma mungkin berbeza dari segi tahap kesibukannya. Mana tidaknya, semua orang ada peranan dan tanggungjawab masing-masing yang perlu diselesaikan. Yang bekerja dengan kerjanya, yang pelajar dengan tugasan dan ujiannya. Tapi dalam kesibukan kita pun, perkara-perkara penting jangan pula terabai. Jangan sampai kesihatan terabai, yang sudah berkeluarga jangan dilupakan keluarganya, yang bujang jangan sampai kebersihan tidak dijaga.

Dalam dunia sekarang ini, kita sangat perlu bijak berdikari. Kalau asyik mengharap pada orang lain saja, sampai bila-bila pun kita tak boleh berdiri di atas tapak kaki kita sendiri. Umpamanya macam layang-layanglah, masa terikat dengan talinya, bolehlah ia menari ke sini ke sana, tapi bila terputus talinya, lihat apa yang mampu dibuatnya. Terumbang-ambing tanpa arah, akhirnya, jatuh ditarik graviti. Jika tidak pun, tersangkut di dahan-dahan, tiang elektrik, hanya menunggu masa untuk tamat riwayatnya.

Akhir kata, pandai-pandailah jaga diri. Apa yang penting, kemahuan diri untuk berjuang dalam hidup. Tak perlu nak jadi askar baru nak digelar pejuang. Kita yang tercipta sebagai manusia ini pun sudah dikira sebagai seorang pejuang. Perjuangkan apa yang kita rasakan bermanfaat untuk kita dan juga masyarakat disekeliling kita. Sekian, semoga bertemu dalam tulisan yang akan datang insya-Allah :) Salam . . .

Selasa, 3 Julai 2012

MLS oh MLS

Yuhuuuuu!!! Assalamualaikum.


esok bakal menyaksikan aku dan rakan² seperjuanganku akan menjawab soalan subjek Malaysian Legal System II yang sangat mencuakkan jiwa raga. major topic ada 3 je, tapi yang dalam tu nak kena belajar, ya ampun, banyak sekali dong -.- 


tapi apa pun kena cuba sehabis baik la untuk jawab soalan esok. mudah-mudahan soalan esok mudah untuk dijawab. hehe. tapi paling penting semoga aku dapat habiskan revision. sekian. babai

Sabtu, 23 Jun 2012

Assalamualaikum.


Dah lama rasanya tak update blog. sampai dah bersawang laman sesawang aku :P aku tulis ni pon untuk release tension aku sebab demam "FINAL EXAM" dah datang balik. ARGHHHHH!!! TIDAKK !!!


tapi yela kan, adat kalau dah belajar, sampai masa mesti akan kena uji. kalau tak macam mana nak tau tahap penguasaan ilmu kita. tapi yang tensionnya, study week takda sem ni. sebab sem ni ada 2 kali cuti seminggu.


memang agak hectic la sebenarnya bila takda study week ni. rasa macam nak meletup kepala aku study. aku dah jadi macam zombie pulak kalau pegi kelas. pastu malam macam kelawar, siang tidoq, malam bejaga. tak pernah aku buat masa zaman sekolah dulu. memang zaman universiti ni sangat lain daripada zaman sekolah dulu.


tapi apa pun aku harap aku mampu untuk harungi semua ni. dan kepada semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akhir terutamanya bagi pelajar degree UiTM, good luck aku ucapkan. semoga korang dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan dan dapat keputusan yang baik nanti insya-Allah =)


bittaufiq wannajah fil imtihan.



Jumaat, 29 April 2011

Aku Cuma Manusia Biasa

Aku cuma manusia biasa..
bukan cendekia yang bisa berfalsafah..
bukan pujangga yang kaya dengan kata-kata hikmat..
bukan cerdik pandai yang bisa melontar pandangan bernas..


Aku Cuma Manusia Biasa
bukan matahari yang bisa menyinari kegelapan..
bukan bulan yang memantul cahaya..
bukan juga bintang yang bisa menghias indah langit malam..


Aku Cuma Manusia Biasa..
bukan golongan alim atau ulama'..
bukan juga para sahabat..
apatah lagi Rasul yang maksum..


Aku Cuma Manusia Biasa..
yang bisa melakukan kekhilafan..
yang terkadang menyakitkan..
yang ada masanya turut merasa terluka..


Memang Aku Manusia Biasa..
dan akan kekal selamanya biasa..
tiada suatu pun yang istimewa pada diriku..
yang bisa membezakan aku dengan yang lain..

Isnin, 25 April 2011

Sedikit Tentang Perasaan

Assalamualaikum...

Manusia dan perasaan . memang sahabat yang tak dapat dipisahkan . kadang kadang mereka akrab . kadang kadang tidak . tapi walau apa pun yang berlaku, andai sahaja dua sahabat ini tidak lagi menjadi sahabat, maka akan hilanglah seri dalam kehidupan . terkadang timdakan perasaan itu membuatkan manusia begitu merasa bahagia, namun pada masa yang lain, ia menjadikan manusia keliru kerana manusia sendiri tidak tahu apa yang perasaan ingin sampaikan. kerana itulah ada situasi di mana kita sendiri tidak tahu apa perasaan kita. boleh jadi ianya bercampur baur. cuma kita tak dapat nak luahkan . ini mungkin mengukuhkan teori bukan semua perkara atau perasaan itu boleh diungkapkan melalui perkataan. atau juga melalui tindakan.secara ringkasnya, ada perkara yang tak dapat kita tonjolkan melalui lisan atau perbuatan kita, hanya mampu  memenuhi ruangan di benak hati kita. tapi perasaan itu. andai ianya tiada, maka manusia akan menjadi seperti batu batu yang dipijak dijalanan, atau mungkin seperti lampu tanpa cahaya. ianya adalah anugerah Ilahi pada setiap manusia ciptaan-Nya.

Mungkin ada yang merasakan lebih baik tiada perasaan jika perasaan itu sering dimainkan atau mungkin juga mempermainkan kita. namun sedarkah kita ia adalah sesuatu yang sangat berharga yang dikurniakan Maha Pencipta. andai sahaja Dia tidak mengurniakan perasaan kepada kita, mampukah kita menikmati setiap nikmat lain yang diberikannya seperti nikmat kegembiraan atau rasa kasih sayang atau mungkin simpati? kerana manusia tanpa perasaanlah yang akan menyebabkan manusia itu binasa. tak percaya ? contoh yang mudah seorang anak dengan ibu bapanya. andai saja anak itu tiada perasaan, mungkin saja dia akan melakukan seenaknya pada kedua ibubapanya tanpa rasa bersalah. sedarlah bahawa memang lumrahnya perasaan ini kadang baik, kadang tidak. kerana itu memang aturan-Nya. kerana perasaan itu jugalah mampu menjadikan kita berfikir akan kebesaran yang Maha Agung.

Akan tetapi sahabat, haruslah kita tahu untuk mengawal perasaan kita kerana perasaan itu andai sahaja tidak dikawal, mampu menjadikan manusia bertindak di luar jangkaan kita. ia mampu membinasakan kita sebagaimana terjadi pada insan yang tak punya perasaan. jangan juga mudah terbuai oleh perasaan hingga menyebabkan kita lalai. terutamanya lalai untuk mengingati-Nya. perasaan itu diciptakan dengan mempunyai kekuatan dan kelemahannya. namun usah biarkan kelemahan mengawal kekuatan. belajarlah untuk memahami perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain.  dan insya-Allah orang lain akan turut memahami perasaan kita. Manfaatkanlah perasaan yang dikurniakan kepada kita .

Perasaan itu adalah anugerah.

Ahad, 3 April 2011

~HOMECOMING~

ahaha.. it has been such a quite a long time i haven't update my blog since my last post.. erm, it is not that i don't want to write but i actually have not much time to spend because i have other important things to settle on and the nearest one is the MUET speaking test which will be held on 5 March 2011.. and my last paper will be on 16 March 2011..so, maybe within this time, I wouldn't have much time to update my blog because i need to work hard for the MUET.. i need to get at least band 4 for the MUET as a requirement to enroll myself into the Law Faculty of UiTM.. i really want to pursue my studies in Law Faculty.. and to ALL my fellow friends that are going to sit for the test, a bunch of GOOD LUCK from me.. ALL THE BEST.. may we all succeed to get what we want.insya-Allah.. maybe i'll continue after my MUET.. that's all i think.. so adios and Assalamualaikum..

Selasa, 8 Mac 2011

BuaT SeMuA YaNg DiKeNaLi

setelah sekian lama aku menangguhkan bidang penulisan blog ini, akhirnya aku kembali mencoret di ruangan blog ini.. sebenarnya, tiada apa apa yang penting mahu aku coretkan.. cuma sebagai salah satu alat atau cara untukku menenangkan minda dan perasaan yang kerap kali terkesan dengan perkataan 'FINAL EXAM'. ya.. sedar tak sedar, sudah hampir setahun aku memasuki UiTM Shah Alam dalam kursus Asasi Undang-Undang.. bermakna sudah tiba masa untukku mengucapkan 'sayonara' asasi.. walaupun baru setahun aku berada di UiTM, tapi semua pihak yang aku kenal membuatkan aku merasakan seperti aku sudah lama berada di sini dan berkenalan dengan mereka.. sungguh pengalaman sepanjang aku berada dalam kursus Asasi Undang-Undang takkan dapat aku lupakan..insya-Allah.. segalanya;pahit, duka, senyum, tawa, riang, gembira, sedih, segalanya dokongsi bersama.. terkadang aku sendiri merasa sayu untuk meninggalkan saat ini.. kerana hari ini hanya datang sekali seumur hidup..selepas ini, mungkinkah aku akan dapat kembali berjumpa dengan semua yang aku kenal hari ini? hanya Allah yang mengetahui dan menentukannya.. andai ada rezeki, insya-Allah.. tetapi jika kurang, tiada mengapa,, nama kalian akan tetap terpahat di dalam kalbuku.. walau di mana sahaja aku berada, selagi hayat dikandung badan..insya-Allah, semua kenangan daku dan kalian semua terutamanya buat pembaca penulisan ku ini takkan aku lupakan.. akan sentiasa kukenang sejarah dan sirah kita semua dari saat pertama kali kita mendaftar di UiTM ini, saat pertama kali kita berkenalan, bergurau senda, bergelak ketawa, bersedih dan berduka, bertengkar dan bermasam muka, kerana semua itu menjadikan kita lebih dewasa dan matang dalam meniti titian perjalan hidup yang masih panjang untuk dilalui.. kalian adalah yang terbaik di hati aku.. mungkin tiada apa yang dapat aku berikan kepada kalian, hanya iringan doa buat kalian agar kalian dapat mencapai kejayaan yang kalian mahukan tidak kira dalam apa jua bidang yang kalian ceburi... akhir kata: selamaat maju jaya semua sahabatku.. semoga kita dipertemukan lagi di masa yang akan datang.. insya-Allah.. sekian Assalamualaikum..

Khamis, 27 Januari 2011

Setelah sekian lama...

Assalamualaikum.. ermm.. da lame jugak ana tak update blog ana ni.. bkn sbb xde idea..tp sbb ttlu byk idea.. smpai xtau nk tulis mana 1.. tp xpe.. entry kali ni xde tajuk.. mksudnye x terikat sgt dgn 1 subjek.. sume adelah general n maybe mix2.. saje nk cerita-cerita.. erm.. tp ntah la.. ana pon xtau apa yg da jadi dgn sekeiling ana.. sumenyer berubah sem 2 ni.. da la last sem.. tp byk pkra yg kurg mggmbirakan blku..bkn ape.. tp just mcm xsonok  la dgn ape yg blku recently.. ana pon kadang2 xpaham.. kenapa msti kita saling bermusuhan padahal kita adalah sahabat dan saudara.. kenapa msti kita saling mmbnci sdgkn kita tidak pernah disuruh mmbnci? apatah lagi sesama muslim.. tp fenomena sekarang ni dah brubah.. kdg2 drpd rapat, bleh tibe2 trus jd renggang..bile ade mslh xnk bncg..xnk trus trg.. n kmudian saling mngata dibelakang.. prkre2 ni mmg ana xfaham kenapa ianya masih dipraktikkan oleh segelintir masyarakat sekarang ni.. perkara ni bleh mmcah belahkan perpaduan dan hubungan persaudaraan sesama kita.. tapi masih byk yg xsdar..mgkin ada yg sedar tapi xnk ambil langkah untuk elakkannya.. ana bukan nk salahkan mana2 pihak..tapi cuma nak kita semua berfikir relevan ats segala tndakan kita.. ana sedar.. ana juga punya kekurangan.. tapi sama2 lah kita tgktkan apa yg kita kurang.. saling tegur menegur dan menasihati dgn cara yg berhemah.. mgkin segelintir daripada kita akn brkta.. susah nk ubah org lain ni.. kalau begitu, apa kata kita mulakan dgn mengubah diri kita mnjadi lebih baik.. kemudia baru kita cuba utk ubah org lain..n sbnrnye, byk prkre yg sbnrnyer terletak atas pertimbangan diri sendiri..klu masing2 sntiasa ingin berubah, maka tiada siapa yg perlu mngubah sesiapa.. fikir-fikirkanlah wahai saudaraku.. segala yg baik itu datang daripada Allah dan segala yg kurang itu datang daripada kelemahan ana sendiri..mohon maaf jika ada kesalahan dalam entry ana kali ini..n ana amat mengalu-alukan sesiapa yg ingin menegur kesalahan yg ana lakukan.. rahmat Allah ana pohonkn untuk insan itu.. sekian.. Assalamualaikum..

Jumaat, 31 Disember 2010

KoNFLiK..

ntah la.. kadang2 kita rasa happy dgn hidup kita.. tapi bila ada saja konflik yg dtg mnlnda.. pasti ia mmpu utk merenggut segala kegembiraan kita tu..tp nk buat cmne..itu la yg tpkse kita tmpuhi selama kita masih brada di alam manusia.. kalau konflik tu melibatkan org lain, mksudnya sseorg yg kita xrapat or xkenal.. mgkin kita xkn begitu terkesan dgn konflik tu.. tp yg susahnya bila ia mlibatkan org yg kita knal.. dan pda masa yg sama org yg rpt dgn kita.. tak kira la laki ke.. pompuan ker.. tp bila kita da dalam situasi cmtu.. msti pening kepala memikirkannya..bkn senang nk atasi konflik..tmbh pulak klu melibatkan hubungan persahabatan..mmg kita akn rasa serba salah.. bkn apa.. nk ditegur, tkut nnti ada pihak yg kecik hati.. tp kita kena usaha gak la kan utk satukan n damaikan mereka yg brtelingkah tu.. mcm yg Allah firman dalam al-Quran; sesungguhnya orang mukmin itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara keduanya(yang bertelingkah) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.. (49:10) tp mmg xdinafikan.. bkn mudah nk buat perkara tu..tp paling tidak pon..klau da btoi2 xleh  nk damaikan dgn cara hakiki.. kita gunakanlah senjata kita yg paling utama iaitu doa.. doakanlah supaya Allah menyatukan semula hati2 shbt kita yg bertelingkah tu.. mudah-mudahan Allah mkbulkan doa kita dan kita akn dpt lihat shbt kita yg bertelingkah tu berbaik semula.. insya-Allah..sekian.. Assalamualaikum..

Ahad, 26 Disember 2010

Hidup Kita

Kalau dibincangkan pasal hidup kita..mesti banyak perkara yg akn kita bincangkan kan ?? sbb bnyk prkra yg berkaitan dgn hidup kita.. apa yg kita mahu capai dalam hidup kita..??apa impian hidup kita..?? apa mtlmat hidup kita..?? mcm mne nk bjye dlm hidup kita ke.. n macam2 soalan lagi yg boleh direka drpda pkataan hidup kita.. tp itu semua tpulang pda indvidu.. masing2 mmpunyai hak utk mreka soalan itu utk diri mreka sndri krana itu hidup mereka..kita cari lah soalan2 yg berkaitan dgn hidup kita kerana kadang2, soalan2 tu bleh mmbri semangat dan dorongan pada kita.. juga bleh mnjdikan kita seorang yg kuat dalam mnghdapi dugaan.. fitrah manusia itu mudah terlupa.. jadi, soalan2 mcm ni la yg bleh buat kita berfikir bnyk tntg hidup kita.. bleh mmbuatkan kita tersedar drpada kesesatan.. bleh mmbimbing kita dalam mngenali Maha Pencipta.. hidup kita semuanya adlh kerana Dia.. tnpa Dia, maka tiadalah hidup kita.. mana mungkin seorg manusia itu mmpu hidup tnpa bntuan-Nya.. satu perkara yg harus kita selalu igt dlam hidup kita.. sntiasa lah igt pada-Nya kerana Dia sntiasa mngingati org2 yg slalu igt pada-Nya.. dgn mngingati-Nya.. insya-Allah.. hidup kita akan tenang dan bahagia.. tp harus lah sntiasa bersedia mnghadapi dugaan-Nya kerana dlam hidup kita, kita xkn trlpas drpda dugaan dan cbran.. dugaan dan cbran itulah tnda2 Dia ingin mnguji kita kerana bukan mudah utk mnjdi org yg beriman..kerna itulah kita diduga agr kita sntiasa igt pada-Nya dan bersyukur dgn stiap apa pun yg dbrikan-Nya..itu lah proses utk mmbntuk iman yg kukuh.. ada segelintir ulama berkata, iman itu bermula dgn sabar dan redha dan disulami dgn rasa syukur pada Ilahi.. jd pmbaca.. sntiasalah yakin pda-Nya.. hidup kita akn mnjadi sia2 jika kita mlupakannya.. mgkin kita sering terlalai dgn aktivti dunia.. tp luangkanlah sedikit masa dalam hidup kita utk igt pda-Nya wlaupun sesaat.. sama2 lah kita corak hidup kita ke arah kehidupan yg lebih baik dan mohon bmbingan drpda-Nya agr kita tidak lari drpada lndasan yg benar... sekian
Assalamualaikum...

Isnin, 20 Disember 2010

Manusia Dan Dugaan

Manusia..Dugaan.. dua perkara yang tak dapat dipisahkan.. setiap manusia yang bernyawa pasti akan diuji dan diduga.. tidak kira kecil atau besar dugaannya.. ada yang mampu bertahan dan ada juga yang kecundang.. yang pasti, ia sangat memberi kesan dan impak kepada sesiapa sahaja.. hanya mereka yang tabah dan redha pada-Nya sahaja yang mampu menghadapi setiap ujian-Nya dengan tenang dan penuh sabar.. tidak dinafikan.. bukan mudah untuk kita menerima sesuatu yang kita sangkakan diluar kemampuan kita.. kadang-kadang.. dugaan yang kita hadapi terasa seperti terlalu berat dan besar untuk kita pikul.. tetapi.. pernahkah kita terfikir tentang mereka yang diduga dan diuji lebih berat daripada kita tapi berjaya mengharunginya..?? sesungguhmya Allah tidak akan menguji hamba-Nya melainkan apa yang hambanya itu mampu utk memikulnya.. seperti yang dinyatakan dalam Surah al-Baqarah.. ayat 286.. kita yang diuji ini merupakan orang yang terpilih kerana Allah ingin menguji tahap keimanan kita.. akan tetapi, kalau difkir dan direnugkan kembali.. semua manusia di dunia ini diuji dengan Allah.. kerana ujian Allah itu tidak datang hanya dalam bentuk bala bencana.. akan tetapi ujian Allah turut datang dalam bentuk kesenangan dan kemewahan.. hanya keimanan dan ketakwaan yang mampu menjadikan kita kuat untuk menghadapi segala dugaan-Nya.. bagi yang diduga dalam bentuk kesusahan dan kepayahan.. banyakkan bersabar dan berdoa kepada Allah supaya diberi petunjuk, bimbingan dan hidayah agar kita mampu menghadapi dugaan-Nya..insya-Allah..

Assalamualaikum..

Rabu, 15 Disember 2010

~JaLaN-JaLaN KuaLa LuMPuR~*episod 3* (last one)

Assalamualaikum..Seperti yg dinyatakan di atas, ini adalah episod terakhir bagi aku punya JJKL..mengganjilkan kali yg ketiga aku merayau n merayap kt KL ni..sblum aku balik Kulim la sbb aku klu da blek Kulim susah la nk pi KL blek..jd aku jalan dlu puas2..kali ni..aku JJKL dgn rumate aku+classmate rumate aku.. nk tau sapa dia..Zulhilmi Salleh n Hafiz..kitorg gi hari sbtu mggu yg sme slpas JJKL aku yg kdua tu..trip kali ni pon mmg sgt enjoy sbb aku dpt trvel n pegi ke tempat2 kt KL yg aku blom penah smpai lagi..mmg aku pon agak excited la time tu..seperti biasa..aku bertolak daripada rumah pak long aku kt klang..dalam kul 8 cmtu la..sbb mlm sblum tu pon si Zul da ajk aku jalan2..aku pon on jela*sbb duit elaun ada lebih lagi..hehe.. n tempat pertemuan daripada episod 1 smpai yg ni msih xbrubah..di KL Sentral..sbb sng kan klu jmpak kt sna..byk transport klu nk ke tmpt2 shopping ni.. hehe.. dlam tgh hari sket tu aku pon smpai la..nsib bek la aku dgn Zul smpai sama2..jd xda la sapa2 yg kna tggu pihak yg lain..sbb sblum tu Zul ada hal sket..dia kne ikut mak dia uruskan sal prosedur nikah mak dia..klu x dia da smpai lgi awal.. huk2..mmg agak benasib baik la kan..

Then, kitorg pon set nk ke KLCC*1st venue sbb Zul ckp Hafiz classmate dia nk follow gak..tp dia tggu kt KLCC trus..so kmi pon trus amek LRT ke KLCC..wktu nk naek LRT tu bleh plak kami salah naek tmpt..mksudnyer nk kne tggu naek kot blah lain..tp kmi naek blah lain.. haha.. da jd dua keja..tp xpe..exercise..haha..smpai KLCC jalan2 dlu la sbb Zul kata nk bli sweater la plak..n by the time tggu si Hafiz tu gak..smntra dia nk dtg..xkn la nk cangok je kan..so kami pon window shopping la dlu smbil cari sweater Zul..tp mmg chikedis tul Zul ni..bknnyer bli pon..smbg je.. haha..tp agk2 da lme tggu si Hafiz tu x mai2 jgak..Zul pon tepon la..tgk2 dia kata dia lmbt skit..kmi pon apa lg..agk frust mnonggeng la..smbung la lagi window shopping..byk gak la tmpt kmi lwti,  antranya Kinokuniya*knon2 cri bku.. ahaha , dan Stadium*tmpt jual alatan sukan.. ha..kt Stadium ni la Zul ada ternampak 1 loceng bodoh*nme komersialnyer dumbell..haha.. dan dan dia nk bli yg tu plak..macam2 gak Zul ni kdg2.. haha..yg tu nk..yg ni nk..last2 apa pon xbli..then da jalan2 tu prut lapaq, sbb pa pon xmkn lagi..kmi pon pi la bli McD sbb nk mkn yg lain cam rmai org je..mls nk tggu lma2.. haha.. time kmi tgh mkn ni la si Hafiz smpai n jmpak kmi 2 org kt food court tu..abes mkn trus plan mne nk gi..n sbb Zul pon agk desperata nk bli sweater gak.. trus la kmi ke Pavilion..

Aku dgr2 nk gi Pavi aku pon btmbh excited la..almklum la xpenah smpai lagi kan..tmpt org kata high class lak  kan..maka begerak la kitorg btiga ke Pavilion..aku wktu first aku tgk Pavi tu dari luar..siyes aku xcaye yg aku tgk tu Pavi..nk tau sbb pe..sbb bg aku la an*org len xtau la..  aku tgk dari luar Pavi tu cam buruk je tgkap2nyer..aku smpai tny kt Zul dgn Hafiz, tul ke tu Pavi..mmg aku jd cam culture shock gak la..pastu diorg ckp "ko blom tgk dalam lg..da tgk nnti bru tau"..  msuk je dalam Pavi tu..aku agak terpegun n terpesona la..tgk  dalam dia sempoi giler..siyes  lain n bbza drpda luar yg aku tgk..cam dalam citer senario tu.. luar setinggan, dalam kondo.. haha...mmg lawa la dalamnyer..bblik pada mtlamat kami nk cri sweater Zul tu.. da smpai kt Pavi tu.. xdapat gak cri sweater yg cam Zul nk..byk sgt karenahnyer.. haha.. crewet gak sbnrnyer Zul ni.. kih3.. jgn marah ye Zul..pastu da bosan dalam tu..kitorg pon decide la nk ke TS..

Otw nk ke TS ni best..sbb da la kmi bjln kaki..n byk tmpat2 yg bru aku lalu..antranya BB.. mmg aku excited bin teruja la kan.. wlupon lalu je..haha..bkn pe..igt sng ke aku nk smpai kt tmpt2 cmtu..wlupon hnya lalu..n byk gak la shopping complex yg aku xpenah dgr nmanya pon ada..keh3..tp the fact is..kmi xpegi ke TS pon..kitorg gi Sungei Wang instead of  TS.. sbb yg nk gi TS tu mule2nyer sbb nk tgk wyg..tp tibe2 canceled n nk tgk kt Pavi je..lupekan jap sal wyang..kt Sungei Wang ni,byk gak la tmpt2 yg kitorg lawat..haha..kedai kasut la..kedai baju la..yoyo oo je..padahal bknnyer nk bli sgt pon.. hehe..sume palsu smata-mata..haha..tp kan kt sini,aku n Zul ada try sumtin that is new to us..want to know what..?? we got participate in blood donating..huhu bkn nk blgak org riak yer..just wanna share our activities there.. n antra salah satu pncanye adalah sbb curios nk tau jnis darah sbb dalam pemohonan e-kolej tu nk kne msukkan jnis darah..aku mls nk mnipu..so alg2 da ada pluang..grab trus la..bkn snang nk dpt..n free lak tu..hehe..dapat la gak smbil2 bramal..mule2 excited la..n a bit nervous.. tp bila da dicucuk paip pnyedut darah tu..xda pape sgt pon..n xda la sket pon..dipendekkan kmi bjya la mndermakan drh kmi..  ;)

After that,  kitorg pon pth la blek ke Pavi sbb nk tgk wyg pnye pasal..xsilap aku kitorg tgk cite Charlie St. Cloud kot..ntah la..aku pon igt2 lupe je..agk best la cite tu..mnrik..n pretty impressive..hehe..mmg aku pon cam bgge sket la sbb tgk wyg kt Pavi kot.. tmpt berprestij kot.. hah..bkn slalu tu.. keh3.. habes cite pon da dalm kul 10 cmtu.. then Zul ckp stay je kt umah dia..aku pon ok jela sbb nk blek ke Klang tkut da xda bas..so stay umah Zul mlm tu..tp dpendekkan cite..aku stay dlm 2 mlm gak la kt umah Zul.. haha..sje je..nk men DotA dgn dia..da blek Kulim nnti bkn leh slalu men.. keh3..tp mlgnye kitorg asyik kalah je.. haha..last day kt umah Zul tu bru gerak blek Klang..tu pon mlm gak la bru gerak..n luckily umah Zul dkt dgn KTM.. sng sket nk ke Klang..

Aku rse smpai takat tu je kot entry aku klini..malas la nk citer panjang2 lagi..xlarat nk tulis la.. haha..ckup2 la tu..n 1 sentences that suitable to describe me at that time is I feel very happy and enjoy..remark the word..happy and enjoy..bkn utk yg ketiga ni je..but the whole journey ..mksud aku dari episod satu smpai yg ni..mmg watak2 dlm citer ni sgt2 give me the happiness that i want..for this third trip, a big tribute to Zulhilmi Salleh and Hafiz.. thanks sbb bwak aku JJKL..

Lastly to all la..Anis Amira, Zulhilmi Salleh and Hafiz.. an another very big thanks and appreciation to all of u sbb bwak eden JJKL.. i really enjoy it..maka dgn itu..tamatlah sudah kisah Jalan-Jalan Kuala Lumpur saya..hopefully dapat explore more lagi la sem ni..mohon maaaf klu ada salah silap sepanjang kenal dgn korg.. huhu..sekian..Assalamulalaikum..
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..

Selasa, 16 November 2010

~JaLaN-JaLaN KuaLa LuMPuR~ *episod 2*

Assalamualaikum wbt.. bertemu lagi kita dalam JJKL episod 2.. kali ni..kisahnyer adalah kisah aku yg bru nk kenal KL..bjlan-jalan dgn org KL.. hehe.. pada awlnyer..plan nk kuar gi jln2 ke KL tu cam ramai je bnyinyer..pastu tibe2 mereka2 yg sptotnya trut serta tarik diri di saat akhir..nk wat cmne.. msing2 ada hal..akhirnye tggl la aku dgn Anis Amira je..nk wat cmne..xkn nk pkse yg xbleh tu kuar gak kan.. then pada tanggal 061010, ari rabu xsilap aku..dlm kul 8 lebey cmtu, aku pon begerak la mnuju ke KL Sentral sbb mlm sblum tu aku dgn Anis da jnji nk jmpe kt citu..then cam biase, aku smpai dlm kul 9 cmtu,smpai dlu la drpda Anis..dlm 30 minit awl la xsilap aku..aku pon mundar mandir la dlu kt KL Sentral tu.. tp kan sblum aku citer lebeh lg, aku nk gtau yg ari tu aku agk krg bnsib baik la..nk tau kenapa ?? yela,aku bli topup rm10..aku rse aku da letak kt dalam poket pas byar tu..aku xmsukkan dlu sbb sje mls lg..tp wktu aku nk kol Anis, aku nk msukkan la kedit tu, tgk2 xde lak ketas topupnyer..dah lebor 10 hengget aku..tp nk wat cmne kan..xda rezeki..last2 aku bli lagi 1.. duit topup abes 20 tp msuk 10 je..*agk sedey sbntar..hehe.. setel yg tu, smbung balek sal mundar mandir td..hak3.. last2 dalam 5-10 mnit sblum anis smpai..aku pon da xtau nk wat ape..aku naek la kejap ke bhgian atas KL Sentral tu..then aku tgk ada cite katun Detective Conan.. mmg feveret aku la kan..aku tgk la dlu kejap.. haha..*cam budak2 lak..kih3..then Anis call, dia ckp da smpai n tny aku kt mne..tibe2 n scra xsemena-mena aku dpt idea nk knekn dia jap.. hehe..aku ckp la aku kt 7-E..*pdhl aku ada kt ats..hehe.. then aku pon cari2 la mne Anis n then aku bleh nmpk dia dtg ke 7-E tu..haha..wktu tu hati aku mmg da tglak sket2..mnjdi gak..haha..aku usha je drpd atas..last2 aku da sian tgk dia mncri aku,aku pon soh la dia tgk ats..*sbb dia kol aku tny aku kt ne..haha..

Pas da jmpe msing2 tu kami pon plan la nk gi mne..mule2 plan nk gi Sunway Pyramid, tp oleh kerana cara nk ke sana tu agk berbelit,n kamin msg2 xtau,then tuka plan..wktu tgh nk bncg nk tuka plan tu yg lme sket tu..setengah jam kot.. hahaha..smpai anis kata senang2 kita dok jela KL Sentral ni smpai petang.. hehe.. tp pas tu kmi wat kptusan utk ke TS..sbb anis nk tgk wyg je kt citu..sesampai TS, Anis kate la yg dia blom mkn..elok aku pon blom makan pape..tp sblum gi mkn tu kmi bdua gi bli tiket wyg dlu..bru gi cari kedai makan..tp besa la TS kan.. mne la nk cri kdai msakan melayu senang2..sbb anis nk mkn nasi lemak lak kan pagi tu..*mengidam la katakan.. hehe.. tp jmpak gak la kdainyer.. Alhamdulillah la.. pnca cari nsi lemak tu pon sbb xkn la pagi2 nk mkn western kot..cam xmsuk jer.. hehe..ehh.. tlupe lak nk gtau..kmi tgk cite wyg tu tjuknyer mkan.tidoq.makan.tidoq.. haha.. xda la.. tjuknyer Eat.Pray.Love.. sbb cam magika gak..Anis dia excited sgt nk tgk cite tu..aku xtau sgt tntg2 latest film kt wyg, jd aku ikotkn je.. overall citer tu agk mnrik la..n paling mnrik adlh msing sebok nk blaja bhse itali lak..hhaha..abes cite tu xabes2 kuar pkataan itali yg ada dlm cite tu..n masing2 xnk kalah kate dari awal da agk cite tu akn jd cmni n cmni.. haha*paham kot mksud aku.. :)

Then, kami bgrak balek ke KL Sentral dalam kul 12.30 cmtu sbb Anis nk ajk gi tmpt len lak..sbb xtau nk wat pe kt TS ktenyer..smpai KL Sentral, kmi solat dlu n then bru smbung dgn nex aktiviti..tp sblum tu kan, bnde ni agk lwak la bg aku, pas aku abes solat aku tgk Anis anta msg kate dia pnyer hair band putus,mtk aku tlg blikan..yg lawak tu bkn sbb ptus tu, tp sbb aku xtau pebende hair band tu.. hehe.. agk malu aku wktu tu..*kt diri sndri la..last2 xbli pon hair band tu..n nseb baek la Anis kate xpe..lega aku..hehe..bkn pasal duit ke ape..tp sbb cam aku kata td la..aku xtau mnde tu.. haaha..then Anis kte la nk ke pasar seni..dpndekan sket citer, smpai pasar seni tgk ape pon xdak*xtau la aku sbb aku bkn tau pon pasar seni tu kt ne..hhehe.. last2 decide la plak utk pegi melawat Masjid India sbb Anis nk bli shawl.. aku pon ok je sbb aku mmg nk explore dlu KL ni..nk pegi tmpt2 yg aku xpnah pegi..smpai citu..kmi pon mlalui gerai2 jualan yg ada kt situ..smbil tgk2 barang2 yg ada kt situ.. n before pegi beli shawl tu..kmi smpat dlu bli sepasang jam utk masing2..*bli couple set pnyer..hehe.. slpas 2-3 kli ulg alik survey, kmi jmpak la 1 grai ni bg hrga lagi murah than the others.haha..dlm murah tu pon dok bargain lg..keh3..tp Anis la sbb aku jrg bargain2 nk..tp bru nk blaja bargain la..n kt grai tu ada 2 org brader ni, 1 jual jam 1 jual tali pinggang ke topi..*ntah xegt sgt aku.. tp diorg nmpk cam share la grai tu.. yg abg jual jam tu mule2 bg la diskaun jam hrge rm35, tp abg yg lg sorg tu dia kata kt yg jual jam tu soh bg 30 je kt kitorg..n then dpt la kitorg hrga jam rm30..*mmg lgi murah drpd kdai len..then bru la gi bli shawl Anis..

Abes bli shawl, dlm kul 4.30 cmtu kot..Anis ajk gi mkn, tp sblum tu dia ajk la gi Sogo dlu sbb aku penah kate kt dia aku nk bli bju..then bgrak la kmi bdua ke Sogo..elok plak Sogo tgh ada sale time tu.. dpt la aku bli..tp xbyk, 2 pasang je la*nk jimat wok..haha.. n bju2 yg aku bli tu adlh pilihan Anis..mmg cam make up artis lak dia time tu, mmbri komentar2 pada aku.. haha..then kmi pon gi la mkn kt mne ek..Semua House xsilap aku..  aku xbpe psti nme tmpt tu..tp xjauh dr Sogo la*ehh..yeke??hehe..lupe la.. tp wktu gi mkn tu pon xbyk kdai yg bkak..ada2-3 kdai je..sbb sume cam da nk tutup je..then wktu tgh mkn tu Anis kata " hari ni lg best drpd sblum ni"..then aku balas la " yela, AA dpt bli brg yg AA nk" * :) then dia smbg " KK pon ade bli sumtin gak" n the last sentence ni pntg ni..dia kata " we bought sumtin" hehe..*jam kami td la tu.. dia kate jge elok2 jam tu..jgn bgi rosak..n bju tu dia kate pkai gi kelas je*utk nex sem..jgn pkai utk kuar dgn awek lain kt Kulim lak.. hehe..jgn riso,sy xda awek laen la.. : ) then bile mase smkin suntuk..kmi pon erak blek..aku ke KL Sentral n dia ke tmpt dia..time nk blek tu ssak gak, tp Alhamdulillah, xcam episod 1 dlu..we both manage to b in the tren..  overall mmg best n enjoy la on that day.. tribute to Anis Amira sbb bwk sya JJKL..  :)

rasenyer itu jela yg dpt aku tulis utk entry ni..n aku akui entry ni agk pnjg n mgkin mletihkan utk dibaca.. tp xpe..heehe..sbb aku yg mnulis ni da abes baca..korg yg nk bce, bce la yer..mtk maaf klu ada salah silap.. akhir kata..selamat maju jaya.. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.. 
Assalamualaikum..

Isnin, 15 November 2010

MUET matter

Alhamdulillah.. finally the MUET test has already done..feel quite a relief..no more scary movie bout the test.. huhu..bust the scary movie now is bout the result.. ahaha.. i think everybody does feel the same way..but whatever it is, just pray for it as we've done our part and our best..hope Allah will help us..I also quite worry bout my result later coz for me, the test isn't easy as before, I mean like what i've been practiced in the class..it all came more difficult than usual, but with a little knowledge in english, i manage to survive*i think&hopefully..the reading part, writing part and the listening part, all of it came differently..i mean like i've told just now,more difficult..although i realize that i've made some mistake in certain part, but yet i still believe that i can pass the band 4..insya-Allah..aminn..actually, not much to say bout this..just a simple and short writing bout it.. no much describing.. to all candidate..well done.. and congrats + gudluk with the result..  :)


Khamis, 11 November 2010

It is coming !!

OH MUET

The Malaysia University English Test(MUET) is reported to bring another fear wave among students who will going to sit for the test. Many students now has starting to think about it frequently in almost everything they do. Although this test looks unofficial, but this test is about to determine their future especially for the students that are taking Foundation Programme,Matriculation or any Diploma student that is going to further their study in Degree. Majority of them have fixed their aim to pass the requirement based on their field of study. The test will be held on 13th of November and the venue is as fixed by the each State Education Department. Some of them maybe only put their target to get the least requirement that is needed and some of the other maybe put their target to get the highest grade. But, no matter what ever their target is, the main thing to be done is go for it. Arrange the correct and suitable steps that can bring all of you to your target. 

Last but not least, strive for what you want to achieve and once you're there, grab it and make sure that it is tightly hold. Never loose your hand if you don't want to miss it. And I want to take this opportunity to wish a very good luck to all my friend that is going to sit for the test especially the UiTM Shah Alam foundation students. Do all your best and hit the target..

reported by,
Khairul Hazwan Rashid bin Mohd Redduan,
LWP02K   (^_^)

Isnin, 8 November 2010

Sometimes..

Sometime I keep observing and see everything that happen around me.. sometimes I keep analyzing them.. everything that occur no matter whether it is a sadness or a happiness, joyful of boredom.. and sometimes i keep thinking about action from people around me.. what do their act when they lose something.. or get what they want.. all those are only few examples.. actually, many more things that sometimes make me think the feedback to me.. I mean what will I act when I get into their situation, feel what they feel, taste what they taste.. and sometimes it makes me think how to find the solution of a problem, although I'm not the one one who facing the problem.. but sometimes I like to do such think so that I can help the person that having problems to solve their problems.. and maybe it can help me if Im facing the same problem as what others did because I'm prepared with a solution.. I think this is one of my characteristic.. I like to observe and analyze some things that others rarely do.. think about some things that others rarely to think and sometime miss what people usually think.. sounds weird right.. but it does happen to me.. I admit.. I'm a lazy boy.. but the fact is I like to think.. although about small matter or unimportant things that others people think so.. I like to find a solution to a problem and solve it till the end.. I don't know where or when did this character is built.. but that's me now.. and I like to solve others problems and make them happy.. or maybe give them some simple and logic advice that I think to make them motivated although sometime I myself are less motivated.. because in my thought, if can motivate others, than they also cam make me motivated.. just like a mirror.. 

So to everybody.. Enjoy each moment of your life and get your happiness.. but know your bounds and don't get over it.. that's all from me.. smile always.. :DD
Assalamualaikum..

writer: Khairul Hazwan Rashid b Mohd Redduan

Jumaat, 5 November 2010

I don't know why..

I don't know why sometime I feel empty.. I don't know why sometime I feel lost.. I don't know why sometime I feel that I'm weak.. I don't know why sometime I feel uneasy.. I don't know why sometime I feel nothing.. I don't why sometime I feel that I feel uncomfortable.. I don't know why sometime I feel that I've been to far from myself.. I don't know why sometimes I feel that I not capable to do anything that I want to do.. I don't know why sometime I feel like I'm too far behind than other person.. I don't know why sometime I feel that I'm not a good person and unqualified to other.. I don't know why sometime I feel like wanted to cry.. I don't know why sometime I feel alone.. I don't know why sometime I have nothing like a poor man.. I don't know why I must feel all this.. I don't know why I feel like this.. 

Ya Allah, give me strength that I need, give me Your Nur.. keep my faith for You.. please give me Your Bless.. give me peace in my life..guide me to the right path..please don't turn my heart to worship You after You've give me Your Bless..protect me from the wrong incitement.. give me family and friend that always supporting me.. put Your Bless on them.. forgive their sins.. aminn..

Khamis, 4 November 2010

KeeP pRacTiCiNG

bout the topic.. wonder why i put keep practicing ?? haha.. it is because of all my friends' fear.. want to what ?? of course MUET.. that's why my entry recently is written in English.. because I am going to sit for the test too.. when ?? at 13th of November which will include writing,reading and listening test.. why don't just use the exercise book ?? good question.. my bad.. i left it at my uncle's house and unfortunately his house is very far away from my house.. I wanted to buy a new one but it just like worthless*I think so because the test is just on the next week.. and I buy a new book just to be used for a week.. isn't that sound ridiculous.. I don't know what is your thought but mine is like what I've stated.. but who knows, suddenly my heart change and wanted to but the new one.. we'll just have to see about that*sounds like the polo advert at the tv..hehe but never mind.. and know what, I've discover another advantages of creating a blog.. and this is it.. help me to do a little practice.. better than nothing rite ?? so, to all my friends that will be sit for the test next week.. I'm wishing you a good luck and al the best that you can(or you have).. give your best shot babe.. haha.. lastly.. just enjoy your life in the proper manner and always behave yourself.. make your life full of happiness and smile a lot because it'll help you to reduce your pressure or in the other word reduce your stress.. that's all from me.. thanks..

Assalamualaikum.. peace no war !! :)

Rabu, 3 November 2010

A sHoRT EnTRy...


Alhamdulillah.. all praises to Allah.. thank God for giving me life n everything in my life.. my soul, my breath, my brain.. although sometimes I didn't get what I want.. but I always bear in mind that Allah will always have the reasons by not giving it to me.. and I will not turn away from Allah.. I will try to be an obedient Muslim that always thankful to all things that is given to me.. because I believe to His promise that He will double the reward for anybody who always thankful to Him.. innakala tukhliful mi'ad.. and I'll keep trying to improve myself to become an obedient Muslim.. just for His bless.. maybe He has other plan that is better for me in future.. I've got my final examination result and Alhamdulillah.. I manage to pass it although mine was not as good as my other friends but still thankful.. I'll try harder in future to achieve my goal .. so to all my Asasian friends, i just wanna congrats all of you no matter what do you get.. lower or higher than me.. just take a lesson from our past and upgrade our determination for our future benefits..


Last but not least, to all dear friends, don't be sad or too disappointed  with your result either you got low or didn't achieve your target.. just thankful with your result and you'll find yourself calm and peace without feeling depress.. and really need your support and useful advices to keep me strong to face my difficult time..

written by,
Khairul Hazwan Rashid bin Mohd Redduan

Isnin, 1 November 2010

CoRaT CoReT yAnG MeMBoSaNKaN ......

Pada yang sudi membaca. bacalah. kalau tidak sudi pon tiada salahya. cuma coretan yang tidak seberapa.


tatkala aku menulis pada kali ini..aku sedang diselubungi kebosanan..ya..kebosanan..dan itulah yg meransang aku untuk menulis pada kali ini..setidak-tidaknya aku ada aktiviti untuk dilakukan..daripada kubiarkan masa itu berlalu seperti debu yg ditiup angin..lebih baik aku ambil masa itu dengan menulis walaupun tiada apa-apa isi di dalam tulisanku kali ini..harap maaf..aku belum mempunyai apa-apa idea atau ilham, secara spesifiknya tajuk untuk tulisanku..kadang-kadang apabila ilham itu datang..aku seakan tidak mempunyai minat untuk menulisnya namun ketika ianya telah pergi jauh meninggalkanku, tiba-tiba rasa ingin menulis itu datang..mohon maaf pada para pembaca jika aku menghampakan kalian..tapi,aku bukan seorang penulis yang hebat atau terkenal lagi berbakat sepeti kalian semua yang sentiasa mempunyai isu untuk dikeutarakan..tambahan pula..aku masih lagi baru dalam arena menulis blog ini..bila aku berkata baru..aku memang benar-benar baru di dalam bidang ini..aku masih terlalu muda dan mentah dalam arena yang baru ku kenal beberapa bulan yang lalu..sebelum ini, tidak pernah aku melihat rakan-rakan seperjuanganku mempunyai atau melibatkan diri dalam arena ini..namun segalanya berubah selepas aku menempatkan diri di UiTM Shah Alam..bertemu dengan rakan-rakan yang baru yang datangnya dari seluruh pelusuk di negara ini..jadi, sudah tentulah aku akan bertemu dengan pelbagai jenis ragam, karenah, dan perwatakan baru yang belum pernahku jumpa sebelum ini dan inilah salah satu daripada hasilnya..rakan-rakan yang mempunyai laman penulisan mereka sendiri atau lebih popular dengan nama blog..tidak pernah terlintas di benak hatiku untuk melibatkan diri dengan arena ini..namun, lama-kelamaan minat untuk mengenali bidang ini terbit sedikit demi sedikit..padaa mulanya aku cuma ingin mengetahui serba sedikit sahaja mengenainya kerana tidak mahu digelar ketinggalan zaman..akan tetapi setelah agak banyak yang aku tahu tentang arena blog ini, terbit pula rasa ingin memilikinya, maksudku mencipta satu laman khas untukku menukilkan apa yang terlintas dalam fikiranku seperti rakan-rakanku yang lain kerana aku mula menyedari kelebihannya..jadi aku telah bertekad untuk mencipta satu laman blog ini untuk diriku..tetapi, aku sedar bahawa aku tidaklah tahu begitu banyak mengetahui seperti rakan-rakanku yang telah lama berkecimpung dalam arena ini dan aku juga menyedari yang aku mungkin tidak akan mempunyai begitu banyak idea untuk menulis..jadi setelah berbincang dan mencapai persetujuan..aku dan rakanku Razman bin Sahat telah sepakat untuk mencipta blog ini bersama, atas dasar perkongsian di mana di boleh menulis apa-apa dan pada bila-bila masa sahaja yang dia mahu dan begitu juga dengan aku..pada saat terciptanya blog aku ini..aku dan dia seakan-akan teruja kerana mempunyai blog seperti rakanku yang lain dan kami mula memerah otak mencari idea untuk menukilkan tulisan kami pada blog itu..terbit juga perasaan bangga dalam diriku kerana seorang yang kurang pengetahuan dalam teknologi seperti aku boleh memiliki blog..bagaikan suatu keajaiban aku rasakan..namun itulah hakikatnya..dan ianya masih lagi berfungsi sehingga sekarang..saat di mana aku menukilkan coretanku ini dan mungkin ianya akan terus berfungsi sehingga nafasku yang terakhir..insya-Allah..akan ku cuba untuk memperbaharui blog aku ini  sekerap yang mungkin..mungkin tiada yang sudi membaca..tetapi tidak mengapa..asalkan ia mampu menjadi tempat dan teman untuk aku meluahkan apa yang terbuku di dalam kotak mindaku.. sekian sahaja daripada aku kali ini.. bertemu lagi di lain penulisan.. Assalamualaikum.. salam ukhwah, salam perpaduan dan salam muhibah..




p/s:harap-harap tiada yang tersinggung atau terbosan kerana sudah dinyatakan di atas,,


hasil karya : Khairul Hazwan Rashid bin Mohd Redduan  (^_^)